Helo Blogger. Here i wrote everything that ever had happened in my life. And sometimes through this blog, i'm gonna write about you. So if you would like to get mad, can go die lah you. TTYM is much better right? ;( Chiow

Saturday, August 14, 2010

Amik ah , kau mmg useless tau tak !

Kekecewaan di dalam hati mula berbuih seperti teh tarik mamak .
Mungkin hujan malam ini sebagai tanda penghormatan bagi Brazil .

Tadi aku bersama mama dan ayah pergi ke pasar .
Ya kami bertiga . Mustahil berempat atau berlima .
Perpecahan untuk ke suatu kedai akan berlaku dimana aku akan mengikuti mama dan ayah akan berjalan bersendirian menuju puncak . Okay tak . Menuju ke sana dan ke sana .

Ada seorang pakcik yang aku merasakan dia tidak cacat fizikal bersila di antara celah - celah kedai .
Aku asyik memerhatikan beliau kerana timbul rasa was - was sedangkan beliau tidak sakit / tidak cacat dan dari segi fizikal dan beliau seorang yang normal .
Tongkat besi menemaninya untuk mendapatkan perhatian orang ramai dan kedua - dua belah tapak tangan di angkat selaras dengan pinggang orang yang lalu lalang .
Kata - kata hiba mula mengiringiya 'Assalamualikum , tolonggggg saya...'
Ya aku boleh dikatakan hati kapas / keju / span . Tapi malang , taktiknya tidak mendapat belas kasihan daripada aku .
Ada yang sudi menghulurkan wang RM1 , RM2 dan penambahan info ya , aku bukannya berada disitu sepanjang aktiviti berlangsung . Hehe .
Bila dapat duit kertas dan melimpahi tapak tangannya , pakcik tadi sepantas kilat memasukkan duit tersebut ke dalam baju beliau .
Di dalam baju beliau ada beg kecil seperti beg penjual ikan yang ikat di perut tu .
Pernah nampak ke tidak ? Okay , kalau tak pernah tengok . Abaikan . Penat aku eksplen .

Sejurus selesai taktik kotornya , pakcik tadi mula menyedari bahawa aku sedang memerhati lagaknya dan akhirnya tersenyum malu .
Aku rasa nak je tanya 'Macam takde kerja lain ke pakcik?'
Nampak sangat macam aku yang minta perhatian .
Perasaan bengang dan bercampur panas lantas aku berlalu pergi .

Ayah sebagai teman setia dan sudi menadahkan telinganya untuk mendengar apa sahaja yang keluar daripada mulut anaknya.
Mulut selaku aset penting mula bekerja mengadu dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pakcik tadi mula membuak buak .

Abaikan tentang pakcik tadi .
Sbb dia mmg useless , dh elok elok sihat tak nak keje pulak kan. Potong tgn tu kang apa tak hal !