Hari ni, aku pergi T.Intan, Perak. Aku kenal kawasan tu. Aku agak cam orang - orang situ. 10 tahun aku tinggal situ. Aku besar kat situ. Aku kat situ sebab nak tengok tayangan filem pendek kawan aku dekat Rex Cinema. Aku keluar kereta, aku tutup pintu kereta, aku pusing belakang ada 2 orang lelaki muda (tak payah sebut bangsa, sebab takda kena mengena dengan bangsa) umur dalam 17 - 20 tahun atas motor, tak pakai helmet, datang kat aku.
"Kak, ada seringgit kak?". Aku tengok muka dua - dua budak tu, seluruh tubuh badan aku bertindak refleks, bersedia untuk apa - apa kejadian buruk yang mungkin akan jadi. Otak aku terus set satu - satunya senjata yang aku ada sekarang adalah kasut but aku. Aku confident untuk balas serangan 2 pemuda ni. "Takda lah", aku jawab.
Mamat belakang tu turun motor. Memang aku dah agak dah yang belakang tu akan turun dulu. Dia keluarkan pisau, hala ke aku. "Aku mintak seringgit je, jgn tipu cakap takda!". Aku pandang sorang brader tengah cakap telefon seberang jalan, tercengang tengok apa yang tengah jadi. Aku cakap, aku takda duit, apa masalah lu. Mamat duduk belakang tu hanyun penumbuk ke muka aku. Aku balas dengan penerajang kasut but aku. Mamat bawak motor tu pulak turun, grab kepala aku. Bedebak bedebuk aku kena pukul. Sempat jugak aku balas tapi tak seberapa sebab diaorang ada pisau. Orang keliling dok jerit - jerit, tapi tak datang tolong pun. Makcik - makcik kat gerai seberang jerit takut. Pisau terkena muka dan badan aku. Darah meleleh bersepah. Mamat dua orang tu naik balik motor, sedepa jarak dari aku seperti jarak pada awal tadi.
"Takpalah kak, terima kasih". Muka diaorang hampa sangat sebab tak dapat seringgit. Mungkin seringgit tu sangat penting untuk diaorang waktu tu. Mungkin untuk beli rokok, mungkin untuk guna telefon awam, mungkin untuk beli makan. Tak kisah lah apa pun, tapi dari air muka, diaorang betul - betul perlukan seringgit waktu tu.
Dan pergaduhan tu tadi hanya berlaku dalam khayalan aku. Mereka tak turun motor, mereka tak cederakan aku. Aku yang bodoh sebab bayangkan macam tu. Aku yang paranoia lebih. Aku yang bangang tak bagi seringgit dekat orang yang lebih memerlukan seringgit dalam kocek aku.
Hanya kerana cara approach macam tu, aku jadi prejudis! Bodohnya aku.